f0ll0wers

Pages

Sunday, July 24, 2011

~rahsia cinta 2 ~


Hujung minggu itu Adryan pulang ke rumah neneknya. Itu pun setelah didesak berkali-kali oleh neneknya itu barulah dia sudi melangkah ke villa itu. Dia bukan tidak suka bertemu dengan neneknya itu, tapi dia dia faham sangat dengan perangai neneknya itu. tak ada perkara lain selain daripada cuba untuk mencarikan jodoh buatnya selepas kematian Batrisya. Dia rimas dengan semua itu dan dia dapat mengagak pasti kali ini ada lagi mana-mana gadis yang turut sama makan tengah hari bersama mereka dengan tujuan apa lagi kalau bukan untuk diperkenalkan kepadanya. Saat melangkah masuk ke dalam rumah lagi adryan dapat melihat neneknya sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Tepat sekali jangkaannya itu.
“ hah! Ryan. Dah sampai pun. Meh sini, nenek kenalkan. Ni Aina, anak Dato’ Roslan.” Dia cuba untuk senyum sambil menyambut huluran tangan gadis itu.
“ adryan!”
“ aina”
“ kamu berdua sembang-sembang la dulu ya? Nenek nak masuk dapur jap. Nak tengok makanan dah siap ke belum.” Neneknya bangun dan mengenyitkan matanya ke arah adryan. Dia masak sangat dengan neneknya itu. nak check makanan konon, padahal sengaja nak tinggalkan aku berdua-duaanya dengan perempuan ni. Leternya di dalam hati sambil bibirnya cuba lagi untuk tersenyum kepada gadis itu.
Selama hampir lima minit kesunyian masih menyelubungi mereka berdua. Bisu ke perempuan ni. Ish, tak mungkin, tadi aku dengar dia elok je duk sembang dengan nenek.
“ cik aina kerja kat mana?” adryan cuba memulakan perbualan bagi memecah kesunyian antara mereka.
“ saya? Oh, saya kerja dengan ayah saya.” Jawab si gadis itu pantas.
“ oh, i see.” Angguk adryan perlahan.
“ encik Adryan, boleh saya tanya something tak?” Aina bertanya perlahan, tapi cukup kuat untuk didengari oleh adryan.
“ apa?”
“ saya tahu tujuan ibu bapa saya suruh saya datang sini sebab nak jodohkan kita berdua, tapi saya nampak encik adryan macam tak suka je. Encik adryan tak suka dengan saya ke?” wah, agak berterus-terang perempuan ni. Desis hatinya tatkala terpancul pertanyaan itu dari Aina.
“ bukan macam tu cik aina. Saya tak fikir nak kahwin lagi dalam masa terdekat ni. Awak tahu la kan, saya masih lagi tak boleh lupakan isteri saya?”
“ saya tahu. Nenek dah ceritakan kepada saya. Maybe agak terlewat, tapi takziah ya encik Adryan.”
“ terima kasih.” Jawabnya pendek.
“ tapi, kita boleh jadi kawan kan? Tak salah kita berkawan kan?” kata aina dengan tiba-tiba, namun agak membuatkan adryan sedikit kaget.
“ kawan?”
“ yeah, kawan.” Usai berkata-kata, tiba-tiba dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan adryan. Adryan memandangnya pelik.
“ come on, tadi kita berjabat tangan bagi pertemuan jodoh kan? So, sekarang kita berjabat tangan sebagai tanda persahabatan kita boleh?” adryan masih memerhati tangan yang dihulurkan itu. pelik. Biar betul dia ni?
“ tanda persahabatan?” tanya adryan kembali.
“ hai, saya aina. Boleh saya jadi kawan awak?”
Adryan terpaku seketika dengan gelagat aina itu. dia terdiam. Sama. Gelagatnya sama seperti Batrisya masa mereka mula-mula kenal masa kecil dulu.
“ hai, saya batrisya, tapi awak boleh panggil saya risya je. Boleh saya jadi kawan awak?”
“ hai. Saya adryan. Boleh panggil ryan.”
“ryan! Selamat berkenalan.”
“ encik adryan!” panggilan itu membuatkannya kembali ke alam nyata.
“ nampak macam tak sudi je.”
“ oh, takde la. Hai, saya adryan.”
“ adryan! Se....” belum sempat aina menghabiskan ayatnya, adryan sudah memotong pantas.
“ awak takkan cakap selamat berkenalan kan?”
“ mana awak tahu saya nak cakap tu? Tak la, saya nak cakap, senyum selalu okey? Awak nampak sweet bila senyum.” Oh, tidak. Kata-kata sama lagi yang pernah diucpakan oleh batrisya kepadanya dulu. Apakah maknanya semua ini?
“ ryan, aina mari makan. Dah siap dah ni.” Adryan hanya mampu menjungkitkan bahunya mendengar laungan neneknya itu.
“ nenek tak payah guna mic kalau nak cakap. Empat batu pun boleh dengar suara dia.” Gurauannya itu disambut hilai tawa dari aina.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ke hadapan syafikah tersayang,
maaf, syafikah. Saya tak mampu, tak mampu nak menghadapi suatu kenyataan yang berat ini dan saya tahu awak juga mungkin tak mampu untuk menghadapinya sama. Oleh itu, biarlah saya saja yang menanggungnya dan saya harap awak tak akan bertanya apakah kenyataan itu kerana saya akan pastikan hanya saya yang mengetahui dan menanggungnya, bukan awak. Saya nak awak tahu yang saya sangat sayang dan cintakan awak, saya sanggup lakukan apa sahaja supaya awak tidak terluka dengan kenyataan ini dan untuk memastikan semua itu tidak berlaku saya mohon maaf terlebih dahulu. Syafikah, nampaknya sampai di sini saja hubungan kita. Maaf sekali lagi, tapi rasanya lebih baik awak terluka kerana perpisahan ini daripada mengetahui kenyataan itu. maafkan saya syafikah.
                                                                                                                                 Adryan
Surat yang dititipkan oleh adryan enam tahun dahulu sebelum dia berangkat ke australia direnung lama. Kenyataan? Kenyataan apakah yang cuba disembunyikan oleh adryan? Mengapa dia tidak boleh mengetahuinya dan kenapa mesti perpisahan berlaku antara mereka? Apa sebenarnya motif adryan meninggalkan dirinya? Hingga kini dia masih belum mendapatkan jawapannya. Adakah kerana adryan sebenarnya memang sudah lama jatuh hati kepada batrisya dan tidak mahu dia sakit hati dengan kenyataan itu lalu menulis surat yang masih meninggalkan teka-teki ini? Adryan. Permainan apa yang sedang kau mainkan sekarang ni? Kenapa mesti batrisya terlibat sama dalam permainan ini?
“ ni, aku nak perkenalkan kawan aku sejak kecil lagi. Adryan. Ryan, ni la kawan saya masa kat MRSM dulu, syafikah.” Kedua-duanya berjabat tangan setelah diperkenalkan oleh Batrisya. Tidak sangka mereka bertiga melanjutkan pelajaran di tempat yang sama. Adryan rakan sepermainan Batrisya sejak dari kecil, manakala Syafikah merupakan kawan baiknya sejak sama-sama menuntuk di Maktab Rendah Sains Mara yang sama. Malah, syafikah turut mengakui mula jatuh hati dengan adryan sejak hari pertama mereka berkenalan. Dia juga tidak bertepuk sebelah tangan kerana adryan juga menaruh hati terhadapnya. Batrisya la yang sentiasa menjadi orang tengah mereka atau lebih tepat lagi merupakan match maker mereka. Syafikah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sendirian tatkala mengingatkan pertemuan pertama dia dan adryan dahulu, namun tiba-tiba senyuman itu hilang apabila memikirkan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh batrisya dan adryan terhadap dirinya. Sesungguhnya dia berasa begitu bodoh dan terhina sekali dengan permainan kedua-dua rakan sepermainan itu. hatinya sakit dan amarahnya kembali menguasai diri. Aku mesti jumpa adryan. Aku nak tahu perkara sebenar. Perkara yang cuba untuk diberitahu oleh batrisya sebelum dia terlibat di dalam kemalangan yang meragut nyawanya setahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment