f0ll0wers

Pages

Saturday, July 23, 2011

~rahsia cinta 1 ~

Adryan menggeliat perlahan di atas katilnya, masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu bangun. Dia masih membiarkan dirinya diselaputi oleh selimut dan matanya masih terasa berat untuk dibuka. Tiba-tiba dia menangkap suatu bunyi. Bunyi pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Pantas bibirnya mengukir senyuman nakal. Matanya masih dipejamkan seperti asal. Terdengar lagi derapan langkah makin menghampiri katilnya dan duduk di sebelahnya.
“ Ryan. Ryan, bangun la. Dah lewat ni. Ryan!” senyumannya makin lebar tatkala terdengar suara wanita itu. Dia masih membatukan dirinya. Berpura-pura masih tidur sedangkan rasanya dia sudah tidak boleh melelapkan kembali matanya saat wanita itu melangkah masuk ke biliknya.
“ Ryan! Bangun!!!!” suara wanita itu kedengaran lagi dan lebih tinggi dari tadi. Mungkin geram dengan telatah adryan.
“ Fine, tak nak bangun ya? Okey, sedia!!!!” jeritan kuat wanita itu kemudiannya disusuli dengan geletek di bahagian pinggang Adryan membuatkannya terjatuh dan tiba-tiba.......
Adryan membuka matanya. Dia memang telah jatuh dari katil, tapi bukan kerana digeletek oleh wanita tadi tapi sebaliknya kerana terkejut dengan bunyi alarm yang diset olehnya menggunakan handset menjerit kuat betul-betul di tepi telinganya. Barulah dia teringat, handset tersebut diletakkan betul-betul sebelah bantalnya. Dia bangun perlahan dan menggosokk perlahan pinggangnya yang dirasakan sedikit kebas akibat terjatuh tadi. Dia masih lagi termangu di atas katil. Dia mimpi lagi, dan mimpi itu sentiasa hadir dalam tidurnya. Pandangannya beralih ke meja tepi katilnya dan mencapai sebuah bingkai gambar yang terletak cantik di situ. Gambar wanita yang muncul di dalam mimpinya tadi sedang tersenyum mesra sambil memaut lengannya.
“ i miss you, risya!” gambar itu dikucup perlahan sebelum dia melangkah meninggalkan katilnya itu dan menuju ke arah bilik air.
Selepas mandi, adryan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Tangannya ligat mengikat tali lehernya sambil mulutnya membebel panjang. Sesuatu yang amat tidak disukainya adalah apabila terpaksa mengikat tali leher. Setelah tidak tahan dengan leteran Batrisya, barulah dia bersungguh-sungguh belajar cara-cara mengikat tali leher dengan betul.
“ ikat tie pun tak reti. Buat malu je..” sindiran Batrisya yang sedang mengikat tali lehernya ketika itu langsung tidak berbekas di hatinya. Sebalikya sindiran itu dibalas dengan seyuman sumbing yang membuatkan Batrisya sakit hati dengan keletahnya itu lalu dengan kuat mengikat tali lehernya sehingga menjerut lehernya.
“ aduh!” dia mengaduh perlahan sambil terbatuk-terbatuk kerana hampir sesak nafas disebabkan oleh Batrisya tadi.
“ oit! Nak bunuh suami sendiri nampak? Teringin nak jadi janda ke pn Batrisya oi!” katanya geram sambil matanya tidak lepas merenung tajam batrisya dan batrisya pula sednag tersenyum sumbing seperti yang dilakukan olehnya sebentar tadi.
“ well, awak yakin ke yang akan jadi janda dulu? Mana la tahu kot-kot saya ni yang pergi dulu, awak la yang jadi duda, En Adryan oi!” kata-katanya itu disusuli dengan tawa yang panjang.
Adryan tersentak! Dia mengelamun lagi. Bayangan Batrisya masih berbekas di hatinya. Memang betul, Risya. Aku yang jadi duda dulu sebelum kau sempat jadi janda. Desis hati kecilnya sebelum mencapai handset, kunci kereta dan briefcasenya dan melangkah keluar.
“ macam biasa la, tengah hari ni awak makan kat luar erk, saya tak sempat nak masak, tapi malam ni saya  promise kita makan kat rumah, ok?” pesanan Batrisya setiap pagi itu sudah boleh dihafalnya. Arrgghh!!! Dia mendengus kuat. Kenapa aku masih fikirkan dia lagi. Tolonglah!! Seboleh-bolehnya dia cuba melenyapkan kenangan itu tapi, dia tahu tidak semudah itu. Walaupun sudah lebih setahun Batrisya meninggal dunia, namun kenangannya bersama isteri dan juga sahabat karibnya itu tidak mungkin boleh dilupakan. Dia mengeluh perlahan dan menghidupkan enjin keretanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“ ala, jom la risya. Sampai hati kau tak nak tolong aku. Kau kan kawan aku.” Syafikah merengek manja smabil memegang lengan Batrisya.
“ ada ke korang ajak aku join korang punya dating? Nanti korang tengah syok berasmaradana, aku plak duk kat tepi je macam tunggul.” Balas Batrisya pantas.
“ ala, takkan la kitaorang nak abaikan kau pulak. Jom la.” Syafikah mula buat muka kesiannya. Dia kenal sangat perangai Batrisya. Batrisya pasti akan mengalah setiap kali dia membuat muka minta dikasihani itu dan kali ini dia sekali lagi berjaya apabila Batrisya mengangguk perlahan.
Batrisya sudah mula menunjukkan muka bosannya. Seperti yang dijangka, dia akan terabai. Herm... dia mengeluh perlahan. Matanya tidak lepas memandang merpati dua sejoli di hadapannya itu. Tiba-tiba langkah mereka terhenti dan berpaling ke arahnya.
“ kesian kat Risya jalan sorang sorang kat belakang. Meh la duk sebelah saya ni. Korang apit saya yer!” kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu menyebabkan Syafikah mencubit lengannya.
“ amboi! Gatal yer!”
“ mana ada. Hai, dengan kawan baik sendiri pun awak nak cemburu ke?”
Tok! Tok! Ketukan di pintu menghapuskan kenangannya itu.
“ masuk!” arahnya dari dalam dan pintu terkuak sedikit.
“ lunch?” ajak wanita yang amat dikenalinya itu. Zarina. Dia masih tidak berganjak dari pintu itu, mungkin tidak berniat untuk masuk. Syafikah tersenyum dan mengangguk tanda persetujuannya.
Mereka memilih untuk menikmati makan tengah hari di sebuah restoran masakan cina. Sambil makan, Zarina becok bercerita mengenai keluarganya. Maklum la, baru dapat anak baru katakan. Di dalam asyik bercerita itu, zarina terus terdiam membuatkan syafikah agak pelik dengan  tingkah lakunya itu. Seketika kemudian zarina memuncungkan mulutnya ke arah satu sudut di restoran itu. Syafikah berpaling ke arah yang ditunjukkan zarina itu. Dia tergamam melihat di suatu sudut, terdapat seorang lelaki sedang makan sendirian. Raut wajahnya pun seperti seorang yang tidak bermaya.
“ aku ada dengar kan, lepas arwah risya meninggal si ryan tu selalu murung. Tengok la tu, rasanya makanan kat depan dia tu bukan dia makan pun. Duk kuis-kuis je dari tadi.” Kata Zarina separuh berbisik. Macam la si Adryan tu duduk sebelah dia jer.
  arwah kan isteri dia. Mesti dia sedih.” Balas Syafikah pendek.
“ yalah, tapi kan dah lebih dari setahun risya meninggal. Tapi aku tengok macam tu je. Tu la balasan sebab melukakan hati orang.” Syafikah mengerutkan dahinya mendengar kata-kata sahabatnya itu menandakan dia kurang senang dengan kenyataan yang diluahkan oleh Zarina itu.
“ ish, tak baik kau cakap macam tu.”
“ betul apa. Sayang sangat nampaknya dia kat Arwah.”
“ biarkan la dia melayan perasaan dia tu. Bukan kita boleh buat apa-apa pun. Macam dia pernah cakap kat aku dulu perasaan tak boleh nak dipaksa. Kalau hati dah suka, jadi la apa-apa pun tak mengubah perasaan tu. Tapi, kalau dah tak suka, sama je. Buat apa-apa pun perasaan tu tetap macam tu.”
“ fika, kau tak sakit hati ke? Yalah, aku tahulah tak baik kita bercakap pasal orang yang dah tak ada ni. Tapi, tak sangka kan Batrisya sanggup buat kau macam tu dulu. Sampai hati dia rampas kekasih kawan sendiri.”
“ dia tak pernah rampas adryan, rina! Dia bersama adryan selepas kitaorang berpisah.”
“ maksud kau berpisah tanpa sebab tu? Tau-tau dia cakap nak berpisah dengan kau and lari ke australia.arwah  Risya pulak kebetulan dapat tawaran belajar kat tempat yang sama dengan Ryan. Kau ingat lagi tak kata-kata arwah sebelum dia berangkat ke Australia dulu?” syafikah terdiam. Dia berpaling kembali ke arah adryan, lelaki itu tetap seperti tadi masih menguis-nguis makanan di hadapannya itu. Fikirannya melayang kembali kepada peristiwa enam tahun lalu.
“ aku janji, fika. Aku akan tanya ryan apa sebab sebenar dia buat kau macam tu dan aku akan cuba pujuk ryan.”
“ please, risya. Kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa dia. I love him, risya. Dia pergi macam tu je. Aku tak boleh terima.”
“ ya, aku faham. Don’t worry ok? Aku akan cuba yakinkan dia kembali pada kau. Aku kenal dia dari kecil lagi fika. Aku tahu, dia takkan buat macam ni kalau tak ada sebab. Aku yang matchkan korang dulu and aku akan pastikan korang bersatu balik. Trust me!” pujukan Batrisya itu sedikit sebanyak menyedapkan hatinya. Tangan Batrisya digenggam erat menandakan harapan yang diletakkannya kepada Batrisya amat tinggi.
“ thanks, risya. You’re such a good friend.” Batrisya tersenyum manis kepada sebelum melangkah pergi. Pergi dengan sebuah janji akan memujuk Adryan. Tapi, sebaliknya yang berlaku. Sebaik mendpaat berita yang batrisya telah  pulang ke Malaysia, Syafikah bergegas ke rumah Batrisya dan apa yang tidak pernah dijangka dan dibayangkan benar-benar berlaku di depan matanya saat itu. Batrisya sedang bersanding saat dia melangkah kaki ke rumah itu dan pengantin lelaki yang tersenyum di sisinya tak lain adalah Adryan! Syafikah terduduk, tidak menyangka apa yang sedang dilihatnya ketika itu. Apa yang dilihatnya sekarang adalah wajah Batrisya yang gelisah dan Adryan pula kelihatan tenang seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku ketika itu sebaliknya menggenggam erat tangan Batrisya yang kelihatannya agak tersentak dengan tindakan Adryan itu.
“ fika!” syafikah tersentak mendengar namanya dipanggil.
“ are you okay?”
“ yeah!”
“ kau fikirkan pasal hal dulu ke?” syafikah mengeluh perlahan sebelum menjawab pertanyaan sahabatnya itu.
“ entah la, rina. Aku sayangkan Batrisya. Dia kawan yang aku paling sayang dan paling aku percaya dalam ramai-ramai. Tapi tak sangka dia sanggup buat aku macam ni.” Terkilan. Hanya itu perasaan yang dirasakannya terhadap perbuat Batrisya dan Adryan itu.
“ dah la tu fika. Tak baik kau fikir macam tu lagi. Arwah pun dah tak ada. Tak elok kita duk cerita pasal dia”
“ patut la.”
“ patut? Patut apa?”
“ patut la selama empat tahu arwah di Australia, dia akan mengelak setiap kali aku cuba bertanya pasal Adryan kalau aku call dia. Email aku pun arwah jarang-jarang balas. “
“ fika..”
“ dah la, aku dah kenyang. Jom balik office.” Dia bangun sambil matanya mengerling ke arah adryan. Dia menarik nafas panjang sebelum melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran.

No comments:

Post a Comment