f0ll0wers

Pages

Friday, July 22, 2011

hasil nukilanku...

assalamualaikum w.b.t..  dan salam sejahtera.

akhirnya, siap jugak cerpen ni. w0w!! macam tak percaya la pulak boleh siapkan dalam masa sehari je. tapi, tak tahu la best ke tak. nanti korang try la bca n komen la apa yang patut yer.. hehe...:)



Her first love+his last love

::Her first l0ve::

Farina sudah mula menunjukkan muka boring, Syafika pula dah berkali-kali menguap, dan Nadia pula rasanya dah habis melakar bermacam-macam karikatur di dalam buku notanya. Semuanya begini tak lain tak bukan sebab dah tak tahan mendengar bebelan En.Azmi mengenai ketidakpuasan hatinya terhadap assignment yang telah dihantar oleh pelajar-pelajarnya.
“ Membebel mengalahkan perempuan.” Gumam Farina tanda tidak senang dengan bebelan pensyarahnya itu. Tapi, perlahan je la, dengar dek En.Azmi tu karang, makin berbakul-bakul la gamaknya dibebelnya.
“ Aku rasa kan, jap lagi aku balik je terus nak tidur. Harap-harap jangan lah En. Azmi ni masuk dalam mimpi aku” bisik Syafika perlahan. Biasa la, kalau dah namanya sedang mengumpat dan mengata, mesti la kena slow-slow, tambah-tambah watak utamanya pensyarah ‘kesayangan’ mereka ni. Tapi, minah ni lagi poyo, asyik mengantuk je kalau kelas pagi.
“ Tapi, ada je yang suka dengar bebelan En. Azmi ni!” sampuk Nadia sambil tangannya masih ligat melakar sesuatu di buku notanya. Agaknya muka En Azmi yang tengah mengamuk tu kot yang dilakarnya.
“ Orang tak siuman je yang akan suka dengar orang membebel, cik Nadia oi! Tak tahu la kot-kot ada gak yang jadikan hobi mendengar bebelan har-hari.” Balas Farina, masih di dalam nada yang perlahan.
“ So, kau toleh la sebelah kanan kau tu. Agak-agak sejak bila plak si minah ni dapat hobi baru ni yer?” Jawab Nadia sambil menjuihkan bibirnya ke arah sebelah kanan Farina.
Farina menoleh ke sebelah kanannya. Mak aih! Biar betul minah ni. Demam ke apa? Sengih sorang-sorang time cam gini. Farina agak terkejut dengan telatah sahabat baiknya itu, Hanna. Diperhatikan Hanna yang asyik duk tersengih-sengih dari tadi sambil memangku dagunya dengan kedua belah tangan. Matanya pulak tak lepas dari memandang ke arah satu tempat. Pandang siapa? Takkan pandang En. Azmi kot. Dilarikan anak matanya ke arah tersebut. Sah! Memang kawan aku ni makin parah! Jeritnya di dalam hatinya. Bukan En Azmi yang dipandangnya, tapi si Haikal yang duduk betul-betul di depan En Azmi tu. Ish, buat suspen aku je budak ni! Ingatkan cintanya dah beralih arah kepada En Azmi, duda anak empat tu. Huhu... nasib baik, masih setia dengan si Haikal tu.  Ngomelnya lagi.
“ Ala, nampak gayanya kena buat balik la assignment ni. Aduh, ni yang aku malas ni. Dah minggu 12 ni.. minggu depan pulak tu kena submit. Ish!!” tadi En. Azmi, sekarang ni si Nadia pula ganti tempatnya membebel. Membebel belakang boleh la!
“ Betul tu, lagi dua minggu nak final. Dah la sem ni takde study week. Mana nak ngadap assignment En. Azmi ni, nak study lagi. Lemah lemah!” sokong Farina pula.
“ Nak buat macam mana, daripada kita duk membebel dan buang masa kat sini baik kita mula cari bahan baru untuk assignment tu. Dah la, jom balik. Aku mengantuk ni wei!” kepoh la si Syafika ni. Asyik mengantuk je. Punya la bersemangat bagi cadangan supaya cari bahan, alih-alih ajak balik sebab nak tidur. Apa da!!
“ Nak cari bahan kat mana?” tanya Hanna.
“ Macam biasa la, kalau tak dalam internet, kita pergi la library. Macam tak biasa buat assignmnet je gaya kau ni!” jawab Nadia pantas.
“ Tak ada la, saja je tanya. Kalau nak cari kat library, aku carikan pun boleh. Korang cari dalam internet, aku cari kat library. Amacam?” balas Hanna sambil terseyum kambing. Dia buat dah perangai gedik dia! Gaya cam comel la buat gitu?
“ Kau ni kenapa? Demam erk? Dari tadi aku tengok kau ni pelik tau. Dah la dalam kelas tadi semua muka ketat je kena bebel ngan En. Azmi, kau pulak boleh duk sengih-sengih macam kerang busuk. Then, sekarang ni nak cari bahan kat library. Hello, cik Hanna!!! Sejak bila jadi kaki library ni? Setahu aku, kau la yang paling ligat sekali nak ke sana? Sah, kau memang tak betul hari ni!” bebel Farina panjang lebar. Pelik dengan tingkah laku Hanna sejak dari pagi tadi lagi duk berkelakuan aneh je.
“ Ish, tak baik kau cakap macam tu tau. Kau patutnya bersyukur kawan kau ni dah berubah ke arah kebaikan. Jadi kaki library kan satu perkara yang bagus. Apa salahnya?” jawabnya perlahan. Sedih la kononnya tu, kawan tak bagi support la katakan. Dari muka gedik terus dah jadi cam muka orang mati laki.
“ Herm... yalah, berubah ke arah kebaikan yer? Macam la aku tak tahu, kalau bukan sebab kau nak skodeng si Haikal tu takde maknanya kau nak menapak ke library tu.” sampuk Nadia sambil buat muka gedik macam Hanna tadi.
“ Wei, skodeng-skodeng slow tau! Ala, kau ni! Kata kawan aku, bukannya nak support aku!” sesedap rasa je nak cakap aku skodeng. Bukan skodeng la, intai-intai je.. bebel Hanna, tapi dalam hati je la.
“ Rileks la, Hanna. Bukan tak nak support, tapi kitaorang risau la. Kau obses sangat dengan si Haikal tu sedangkan dia langsung tak layan kau tau.” Syafika yang mendiamkan diri sedari tadi turut mengeluarkan pendapatnya. Pendapat yang tidak menunjukkan bahawa dia menyebelahi Hanna.
“ Mestilah dia tak layan aku, dia kan tak tahu yang aku syok kat dia.” Perlahan je suaranya membalas balik. Habis modal la tu.
“ So, apa kata kau terus-terang je kat dia yang kau suka kat dia? Ni tak, belakang bukan main angau, tapi depan si Haikal tu kau boleh buat muka selamba. Macam mana dia nak layan kau, lagi-lagi mamat tu bukannya jenis yang suka bercakap dengan perempuan.” Nadia dah mula mengeluarkan hujahnya.
“ Aku.... Aku takut la, wei. Kalau dia tolak aku macam mana?”
“ See? Belum apa-apa,  dah ada pemikiran negatif. Bila nak maju? Macam ni la, aku tahu kau tu sayang and cinta gila kat si Haikal tu dan sebagai kawan kitaorang tak suka la tengok kau angau sorang-sorang gini. Kalau dia tolak, takpe la. Adat la tu dalam bercinta.” Balas Farina tenang.
“ Tapi korang pun tahu kan yang aku tak pernah bercinta? Haikal tu la cinta pertama aku.”
“ Well, semua benda ada pertama kali kan? Walaupun kami pernah bercinta, tapi kami pun bermula dengan cinta pertama jugak. Kalau tak cuba, mana nak tahu kan? Cuba la, Hanna. Takpe, kitaorang support ko walau apa pun yang terjadi. Lagipun, aku percaya andai kata Haikal tu tolak kau sekalipun, dia takkan hebohkan perkara ni kat sapa-sapa.” Syafika pun dah turut serta menjadi tukang nasihat. Nampak gaya, Hanna dah tak ada pilihan lain selain dari...
“ So, korang rasa better aku confess la kat Haikal tentang perasaan aku ni?” dan ketiga-ketiga kawannya itu mengangguk serentak. Tandanya? Betul la tu tindakan anda wahai Cik Hanna!
Hanna merenung lama skrin laptopnya itu. Memang parah betul dah penyakit angau Hanna ni. Kalau la kawan-kawannya nampak apa yang dia buat ni, haru biru la jawabnya. Direnungnya gambar Haikal yang terdapat di dalam facebook kepunyaan lelaki itu. Kalau ikutkan hati, nak je dia copy and save gambar tu dalam laptop dia, tapi mengenangkan kawan-kawannya yang selalu menggunakan juga laptopnya itu, dia membatalkan niatnya itu.Kkalau terkantoi kang free-free je kena membebel dengan mereka semua. Entah la, dia sendiri pun pelik dengan perasaannya ini. Tak pernah dia berperasaan begini pada mana-mana lelaki. Tapi, kali pertama terpandang Haikal pada minggu orientasi dulu betul-betul menggoncang nalurinya. Siapa sangka, mereka sama course. Tapi, Hanna jarang berpeluang untuk berbual-bual dengannya. Haikal bukanlah seorang lelaki yang suka bercakap dengan mana-mana perempuan kecuali untuk perkara yang perlu sahaja. Dia akan terima ke kalau aku confess yang aku sukakan dia? Desisnya perlahan........

:: His last l0ve ::

Wajah gadis itu semakin terbayang-bayang di fikirannya. Masih terngiang-ngiang di fikirannya kata-kata yang diucapkan oleh gadis itu kepadanya tadi.
“ Hai, busy ke?” bacaannya terhenti. Haikal mendongak perlahan. Hanna! Desis hatinya.
“ Assalamualaikum.” Jawab Haikal ringkas.
“ Errrr... waalaikummusalam.. hehe.. sorry, lupa nak bagi salam.” Huhu... malunya aku! Hanna dah mula cuak. Nak lari pun ada. Dikerlingnya kawan-kawannya yang sedang memerhatikan gerak gerinya sedari tadi dari penjuru perpustakaan itu.
“ Tak apa, biasa la orang sekarang memang mudah lupa.” Kata Haikal. Amboi, sindir nampak!
“ Erm... yalah, betul cakap awak tu.” habis idea. Tu je yang bermain di fikiran Hanna saat tu.
“ Takde la busy sangat, tengah cari bahan untuk assignment En. Azmi tu.”
“ Hah?” Hanna dah mula buat muka seposen.
“ Kenapa? Bukan ke tadi awak tanya saya busy ke tak?”
“ Owh, ya la. Saya lupa, memang pelupa. Hehe..” kena lagi, bebel Hanna dalam hati. Herm... memang nasib aku kot asyik kena bidas je ngan mamat ni hari ni.
“ So, ada apa yang awak perlukan ke dari saya?”
“ Perlu? Hehe... saya... saya... macam ni, Haikal. Sebenarnya saya...”
“ Saya apa?!” sergahan kuat dari belakang mengejutkannya.
“ Saya perlukan awak. Sudi tak awak jadi boyfriend saya?” lancar je dia berkata-kata. Terima kasih, Syamir untuk sergahan itu.
“ Boyfriend?” tanya Haikal dan Syamir serentak.
“ Ok la, memandangkan awak dah tahu. Saya pergi dulu. Bye!” Hanna dah tak keruan. Malunya!! Patutnya hanya Haikal yang tahu, alahai apasal la penyibuk ni datang time ni pulak! Rosak plan betullah!!!
“ Hanna!” Haikal memanggilnya sebaik sahaja dia sedang berura-ura untuk membuka langkah lari dari situ. Dia panggil aku? Kenapa yer?? Hehe...
“ Awak tertinggal ni.” Katanya sambil menunjukkan buku yang berada di atas meja. Buku yang dipegang erat olehnya tadi tapi terlepas dek terkejut dengan jerkahan Syamir. Hanna pantas berpaling mendapatkan bukunya itu dan berlari-lari anak tanpa menoleh langsung ke belakang.
Tanpa sedar bibirnya menguntumkan senyuman dengan gelagat yang dipersembahkan oleh Hanna tadi. Wajah gadis itu yang bertukar kemereh-merahan menahan malu baginya cukup comel ditambah pula bila dia berlari-lari anak tadi. Comel sangat! Tiba-tiba dia tersedar. Astagfirullahalazim, apa yang aku buat ni. Tak baik fikirkan keadaan fizikal seseorang perempuan apatah lagi membayangkannya. Kenapa aku jadi macam ni? Takkan aku pun dah jatuh cinta dengan gadis tu?
Gelak ketawa sekumpulan pelajar perempuan di belakang agak menarik perhatiannya. Tapi dia tetap membatukan diri dan kembali meneruskan pembacaannya yang terhenti tadi. Tiba-tiba dirasakan bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Dia pantas berpaling dan tersenyum melihat Syamir yang menepuk bahunya tadi. Matanya sempat melirik ke arah tawa tadi. Dilihatnya Hanna begitu asyik bercerita atau lebih tepat lagi kepoh bercerita. Tak tahulah apa ceritanya, yang pasti teman-temannya yang lain pun macam excited je mendengarnya.
“ Oit!” Syamir mencuit bahunya perlahan.
“ Dah terpikat ke?” bisiknya perlahan, tapi cukup kuat untuk didengar oleh Haikal.
“ Ada-ada je la kau ni!”
“ Apa salahnya kalau betul pun?”
“ Syamir, kau tahu kisah aku kan? So, tolong jangan sebut hal ni lagi ok?”
“ Sebab aku tahu la, aku rasa kau perlu berhenti menipu diri sendiri. Cukuplah dengan apa yang berlaku dengan Azah dan Syuhada dulu. Kalau betul cinta, ungkapkan saja Haikal.” Balas Syamir pantas.
“ Let’s talk about that later k?” bisik Haikal perlahan selepas melihat kelibat pensyarah mereka yang sudah memasuki dewan kuliah tersebut.
“Cukuplah dengan apa yang berlaku dengan Azah dan Syuhada dulu. Kalau betul cinta, ungkapkan saja Haikal.” Kata-kata Syamir itu kembali menerjah ke benaknya saat itu. mungkin benar kata-kata sahabatnya itu. Dia tak kuat untuk menyatakan cinta kepada orang yang dia sayangi. Entahlah, mungkin sikapnya yang tidak berapa suka bergaul tambah-tambah lagi dengan perempuan membuatkan dia malu untuk meluahkan isi hatinya. Hanna! Menyebut namanya saja sudah bisa membuatkannya tergelak sorang-sorang. Setiap telatah dan gelagat gadis itu mencuit hatinya. Walaupun dia selalu bersikap selamba, tapi dia tahu setiap perkembangan Hanna. Malah, sebelum Hanna meluahkan perasaannya terhadapnya dua hari lalu pun dia sudah tahu perasaan Hanna terhadapnya. Ya, mungkin benar kata Syamir. Dia telah terpikat dengan Hanna. Tapi, seperti kebiasaannya dia tidak cukup kuat untuk meluahkannya, sama seperti halnya dengan Azah dan Syuhada dulu.
“ Dulu dengan Azah, kemudian dengan Syuhada. Sekarang, Hanna. Please la, Haikal. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau nak tunggu berapa kali peritnya cinta tak kesampaian baru kau nak sedar hah?” kata-kata Syamir petang itu membuatkannya mula terfikirkan sesuatu.
“ Apa maksud kau?”
“ Aku tahu, sebenarnya kau memang suka jugak dengan Hanna kan? Haikal, jangan lepaskan orang yang kau sayang macam yang kau buat kat Azah dan Syuhada dulu. Rasanya mereka tahu kau suka kat diaorang dulu.”
“ Kalau dah tahu, kenapa diaorang tetap pilih lelaki lain? Azah dulu aku boleh terima la sebab kami kenal masa zaman sekolah. Boleh dikatakan cinta monyet, so aku tak ada la menyesal sangat tak luahkan perasaan aku dulu. Tapi, Syuhada lain.”
“ Apa yang lainnya? Cuba kau cerita kat aku sikit.”
“ Yalah, dia kan aku kenal masa sama-sama kerja lepas STPM dulu. Kiranya dah masuk alam dewasa la time tu. Patutnya dah jadi betul-betul cinta la. Tapi, last-last dia boleh pulak kahwin dengan orang lain sedangkan dia tahu sangat aku suka kat dia”
“ Dia tahu? Macam mana dia tahu kalau kau tak beritahu?”
“ Aku bagi hint la, kau kan tahu aku ni jenis pemalu dengan perempuan. Ingat senang ke aku nak luahkan perasaan kat perempuan tu macam tu je?”
“ Haikal, kalau aku cakap kau ni bengap, nanti kau terasa. Tapi, memang kau ni spesis yang agak bengap la. Perempuan, Haikal! Perempuan nak tahu isi hati sebenar kita kat diaorang. Diaorang bukan jenis suka main hint-hint ni. Hint-hint ni untuk lelaki je. Perempuan nakkan kita luahkan kat dia. Nak dengar kata cinta dari kita.” Haikal terdiam sejenak mendengarnya. Sejak bila pulak kawannya ni pandai sangat bab-bab perempuan ni?
“ Ish, susah la nak faham perempuan ni. Semua nak kena cakap.” Balas Haikal sambil mendengus kuat.
“ Habis tu, kau cari la makwe yang bisu or pekak. Tak payah cakap, guna bahasa isyarat je.”
“ Tak baik kau cakap gitu, Syamir. Kalau dah jodoh aku ngan orang bisu or pekak, aku terima je. Dah jodoh aku.” Syamir rasa macam nak menghantukkan kepala kat dinding je saat tu. Alahai, Haikal!
“ En Ahmad Haikal, aku bagi perumpamaan je tu. Herm... memang aku tabik la dengan si Hanna tu. Walaupun kau ni dikira sebagai cinta pertama dia, kurang-kurang, dia berani gak confess kat kau. Kau ada? Hanna ni dah masuk yang ketiga tau! Buat malu je, perempuan yang kita suka dah terang-terang confess gitu, terima je la.” Memang mulut tak ada insuran la si Syamir ni! Nasib baik la kawan baik, kalau tak memang parah la agaknya dia dikerjakan Haikal di situ.
“ Oit! Cakap tu elok-elok erk! Nak kata aku pengecut la ni sebab tak berani confess macam Hanna buat?” Haikal dah mula berang. Pantang betul dia orang kata dia pengecut. Cakap dia bengap pun dia boleh terima lagi, tapi pengecut??? No, no no!
“ Yes, memang kau pengecut pun. Kalau berani, kau ambil telefon aku ni, kau call dia sekarang!” balas Syamir sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Haikal.
“ Fine!” disambut telefon bimbit itu pantas. Memang pantang dicabar nampak gayanya si Haikal ni.
“ Hello.” Selepas beberapa saat, suara Hanna kedengaran.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikummusalam. Syamir, ada apa call ni?” laju je Hanna berkata-kata, kuat pulak tu. Macam rapat je dengan si Syamir tu. Hai Haikal, cemburu ke?
“ Ni bukan Syamir.” Katanya perlahan.
“ Bukan Syamir?”
“ Haikal!”
“ Owh, Haikal. Ada apa yer?”
“ Busy ke? Ada hal penting nak cakap ni.”
“ Tak busy pun, on the way ke kedai ni. Kenapa?”
“ erm... erm...Hanna, saya sebenarnya....”
“ Haikal, kalau awak nak cakap pasal hal kat library tu, tak payah la. Saya faham, kalau awak tak sudi pun takpe. Biasa la kan? Adat la dalam bercinta kan? Mesti ada kali pertama. Saya ok jer. Saya...”
“ Saya pun sukakan awak!” akhirnya ayat itu terpancul juga dari mulutnya, namun serentak itu juga dia dapat mendengar satu dentuman kuat di hujung talian, beserta dengan bunyi bising sebelum talian terputus.

:: Her first l0ve and His last l0ve ::

“ Adakah semua ini salah aku?”
“ Menyalahkan diri snediri seolah-olah menyalahkan takdir, Haikal.” Syamir menyentuh perlahan bahu Haikal. Cuba memberi semangat kepada kawannya itu.
“ Tapi, kalau bukan sebab aku mesti semua ni tak terjadi.”
“ Sabarlah, Haikal. Banyakkan berdoa semoga Hanna cepat sedar dan sembuh seperti sedia kala.”
“ Syamir, kau rasa dia sempat dengar tak apa yang aku confess kat dia masa tu?”
“ Haikal, you need a rest. A good one. Insyaallah, kita sama-sama doakan untuk Hanna k?”
“ Mir, kalau Hanna tak sedar macam mana?”
“ Haikal...”
“ Aku tak nak kehilangan dia, Syamir. Aku tak nak kehilangan dia macam mana aku kehilangan Azah dan Syuhada dulu. Aku tak nak jatuh cinta kat mana-mana perempuan lagi selepas dia. Aku nak dia jadi cinta terakhir aku, Mir.”
“ Aku faham, Haikal. Sabar la, kalau Hanna tahu kau macam ni dia mesti lagi sedih.”
Malam tu, sebaik sahaja Haikal meluahkan perasaannya itu Hanna dilanggar kereta yang dipandu laju oleh pemandu mabuk. Mungkin kerana terlalu leka di talian menyebabkan Hanna lupa tentang keselamatan dirinya. Atau, mungkin kerana terlalu teruja kerana pertama kali Haikal menelefonnya. Akibat dari kemalangan tersebut, Hanna koma. Sudah hampir seminggu dia berkeadaan begitu dan selama itu jugalah kehidupan Haikal seolah-olah mula tidak terurus. Masanya banyak dihabiskan menemani Hanna di dalam wad.
“ Haikal! Hanna dah sedar, Haikal!” suara Syamir di hujung talian kedengaran gembira.
“ Apa?”
“ Hanna dah sedar! Dia cari kau, Haikal.” Ulang Syamir buat kali kedua.
“ Betul ke ni? Syukur, Ya Allah. Macam mana dia sekarang, Mir? Ok ke?”
“ Kau datang la tengok dia sendiri.”
“ Okey, aku datang sekarang!”
Haikal segera mendapatkan motorsikalnya. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembira dan bersyukurnya dia pada saat itu, hanya tuhan yang maha mengetahui. Dia mesti cepat, dia harus berjumpa dengan Hanna. Rindu! Dia terlalu merindui gadis itu. Haikal memecut motosikalnya selaju yang mungkin sehingga tidak perasan lampu isyarat yang telah bertukar merah dan DUMMMM!!!
Dia nampak ramai orang di sekelilingnya, ada yang menjerit, ada juga yang ketakutan. Dicarinya satu wajah di balik orang ramai itu. Hanna, aku minta maaf. Maaf sebab tak dapat datang jumpa kau. Aku sayang. Terlalu sayang dan cintakan kau. Terima kasih sebab cintakan aku. Terima kasih sebab jadikan aku cinta pertama kau. Selamat tinggal cinta akhirku, Hanna.
“ Haikal!” laungan Syamir itu menyentakkannya, menyedarkannya dari lamunan yang panjang.
“ Jom, kita pergi kat mama.” Dilihatnya Syamir menggendong si kecil Haikal dan melangkah menghampirinya.
“ Mama..” anak kecil itu beralih tangan ke arah Hanna. Hanna melemparkan senyuman manis buat suami tersayang sebelum mencium pipi anaknya itu.
“ Hai, cium Haikal je? Papanya?”
“ Ish, papa tak malu kan Haikal? Nak jelous dengan Haikal pulak kan?” kata-kata Hanna itu disambut dengan tawa oleh Syamir. Hanna. Walaupun dia bukanlah cinta pertama Hanna, tapi dia bersyukur mendapat isteri sebaik Hanna. Susah nak cari pasangan seperti ungkapan ‘ lelaki bertuah menjadi cinta pertama seorang perempuan, perempuan bertuah menjadi cinta terakhir seorang lelaki’. Tapi, Hanna dan Haikal berjaya menjadi pasangan tersebut walaupun jodoh mereka tidak panjang. Moga perkahwinan ini berkekalan dan aku dapat menjadikan Hanna sebagai cinta terakhirku. Desis hati kecil Syamir.
‘lelaki bertuah menjadi cinta pertama seorang perempuan, perempuan bertuah menjadi cinta terakhir seorang lelaki’
‘lelaki bertuah menjadi cinta pertama seorang perempuan, perempuan bertuah menjadi cinta terakhir seorang lelaki’

sekian, salam sayang...:)
p/s: kalau tak best beritahu tau. boleh diperbaiki mana yang patut.. huhu

6 comments:

  1. hehehehhe...hani sayang...best...mula2 aku kecewa dh sebb ingat hana ngan haikal mati....pastu hana tak mati...tpi aku kecewa plak sebb haikal mati..tpi aku gembire sbb hana tak frust smpai gelpkn mse depn dia..dan ade syamir yng sebaik haikal...hhehehe..mcm ade harapan di sbealik kejadian....ade hikmat setiap ape yng berlaku...heheheh..cme cinta haikal dan hana tk kesmpaian..sngt sedih...waaaaaaaaaaaaaa...mungkin bleh tambah sketcmne hana mencri sinar dlm hidup dia semula..ehehhe...anywat hani..gud job

    ReplyDelete
  2. hehe.. kalau ikutkan nak buat lagi panjang, tapi nanti kang jadi cam n0vel plak.. hehe.. tp, aku plan nk smbg bt n0vel.. kembangkan lagi kisah diaorang sblm msng2 confess tu.. amacam? kena tak dengan ungkapan tu? huhu...

    ReplyDelete
  3. erm...kalo dh novel mesti tebal..ha..ok je..aku menntiknnye..ehehehe

    ReplyDelete
  4. haha.. tp, xtau la bla gamaknya blh siapkannya... baik aku tulis cerpen cm gni jer.. rngkas n padat, sehari pn blh siap... kalu n0vel nak kena fkr pnjg la cmne nk kasi belit2 jln cternya..huhu

    ReplyDelete
  5. overall cte dh best... cme ad certain2 part nk kne baiki.. mg kne bce balik penulisan mg nie...
    then mg akan terperasan part2 hk mne nk kne baiki... alert jgk ngan TYPO ERROR... pastu pgunaan bhs.. tetapkn pd BM or slanga... if slaga mg kne buat italic or pengikat kata "...".... tp well done... first time buat kira dh ok la nie...

    ReplyDelete
  6. hehe.. tq cz sudi baca.. tu la, bab2 ayat tu ssh ckit.. idea byk, tp nk tulis n reka ayat tu aku krg blh ckit.. hehe.. TYPO ERROR tu gpo? huhu.. part mna ki? oyk la..

    ReplyDelete