f0ll0wers

Pages

Thursday, July 21, 2011

:: new w0rk ::

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahter....

dah lama tak meng'update' bl0g ni.. hehe.. nk kata busy, tak jugak... herm.. mungkin sebab aku tak ada cerita best utk dikongsikan k0t. hehe

setahun yang lepas, aku ada cuba2 la menulis balik setelah sekian lama tak menulis dan juga telah aku kongsikan cerpen tersebut di sebuah blog iaitu penulisan2u.com.. alhamdulillah, komen2 yang diberi pun agk membina. kepada yang ingin membaca karyaku itu boleh la klik kt link di bwh ni.:

http://www.penulisan2u.my/2010/07/cerpen-cinta-ini-membunuhku-2/ 


selepas tu, aku agk busy dengan study+praktikum, s0 hanya setakat menulis sin0psis sahaja bila tba2 datang ilham atau idea menulis...then, tiba2 kelmarin aku mendapat satu idea setelah mendengar ungkapan ini:

'lelaki bertuah jika berjaya mendapat cinta pertama perempuan 
perempuan pula bertuah jika mendapat cinta terakhir lelaki' 

hehe... cam best gk ungkapan ni kan? jalan cerita dah ada sikit2, n n0w i will start my new w0rk.. so, i/allah akan turut dikongsi utk tatapan umum.. tajuk pn dah ada.. 

~her first l0ve and his last l0ve~

itulah tajuk karya terbaruku ini... sem0ga dapat menggarap cerita ini dengan sebaik mungkin... 

salam sayang....:)

Monday, June 13, 2011

~secret fr0m life and l0ve~

di kala keb0sanan tak tahu nak buat apa2, terjumpa la satu aplikasi ni dalam laman sosial Facebook... ~ Secret From Life and Love ~ s0, tekan2 la ikt arahan dia sampai la keluar pic cm kat bwh ni....
 
         Secret of Life and Love (Created via-> http://apps.facebook.com/secret-life-love/. Try this cool App!)
 
well, actually bkn la kata sy percaya sangat, sekadar isi masa lapang dan nak suka2 jer.. tp, bila bc2 blk cm ada kena gk especially part l0ve tu.. mmg agk ambil masa utk kenal seseorang, tapi kalau part yg kata tiada sapa boleh halang bila dah decide dia mmg plhn kta tu tak berapa nak sure lagi.. herm... maybe sebab blm jumpa lagi kot yg benar2 jd plhan hati.. hehe... aduhai, adakah sy seorang yg sgt cerewet n memilih?? 
tapi, bila fikir2 balik, sebenarnya org2 di sekeliling kita yg blh menjadi cermin utk kita tilik siapa diri kita yang sebenarnya... betul ke?? andai betul la, cuba anda sbg org di sekeliling saya bandingkan apa yg tercatat di dlm pic di atas dgn diri saya yang sebenar.. ada persamaan kah?? hehe.. sekadar mencuba utk suka2, apa salahnya kn?? huhu...

well, that's all fr0m me.. nk kuar mkn ni.. dgn sepupu2 tersayang... hehe.. bye2... 
salam sayang....:)





:: a Life aS a TraiNeE TeaCHer ::


hampir sebulan sesi praktikumku di SMK Ketereh berakhir.. tapi sangat2 merindui mereka2 yg selalu menceriakanku di sekolah tersebut.. sungguh indah kenangan itu... hny gmbr2 ini yg kini mejadi tatapan sbg pelepas rndu... serius!!! ckgu rindukan kalian semua!!!!


 kejohanan merentas desa SMK Ketereh
 pejaga masa bersama pembantu2 yg comey.. hehe
 kenangan daripada kelab guru & staff SMK Ketereh
 wif beloved students
 peace:)
 wif another beloved students fr0m 2 Amanah
 my students fr0m 2 Amanah
 wif another trainee teacher (my juni0r) n another students
 acting as a "dayang".. haha.. funny!!
 luv all 0f u t00....:)
 barisan guru2 praktikum di SMK Ketereh 2011.. nk berkenalan??? hehe...
 boys students fr0m 4 Gamma.. tQ cz sudi dtg kls tmbhn ckgu... :)
 s0 touching... g0odbye, guys!! i'll miss u too!!
 sweet moment
wif my beloved 4 Gamma Students.. miss them...

m0ga kita bersua lagi... ingati la ckgumu ini walaupun hny sementara kita dapat bersama... miss u always.... say0nara~

Wednesday, November 4, 2009

sayang itu masih ada....

asssalamumalaikum w.b.t...

herm... dh agk lme x update blog ni.. agk bz dgn stdy cz exam dh smkn hmpir... tp, nk la juga kongsi pengalaman yg sy kira ckp berharga buat dri sy... mgkn bg org lain, perkara yg akan sy ceritakan nti adlh perkara biasa, namun bagi saya ia adalam sebuah pengalaman yang ckp indah... tanggal 31 okt lalu merupakan tarikh lahirku yg ke 22... alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan d dunia ini... apa yg agk isimewa bg sy ialah pd thn ni sy meraikannyer dgn bapa sy... wow! akhirnya, seingt sy selama hmpr 17 thn perpisahan beliau dgn ibu saya, inilah kali pertama kami meraikannya bersama... bknlh bermkna dia lupa akn tarikh lahir sy tp kami tdk pernah raikan bersama2.... namun, dlm masa yg sama sy tau sbnrnya jamuan tu bknlh khas utk sy, tp sbnrnya d rncg buat adk tiri sy yg turut berkongsi tarikh lahir dengan sy pd hari tersebut.... walau sdkt terkilan, tp sy tetap happy....

tapi, ada sesuatu d rmh bapa yg membuatkan sy terasa sdkt kcl ati... sy perasan kebahagiaan antara beliau dgn isteri dan ank2... kn bgus kalau sy memiliki perasaan yg sama. agk terpegun saya seketika melihat gambar keluarga yg tergantung di ruang tamu rumahnya... tapi, sy tiada dlm gambar itu.... herm... walau apa pn sy tau, bapa sy ttp sygkn sy sme spt ank2nyer yg lain... dan sy pn sygkn dia spt mana sy sygkn ibu sy....

salam sayang.....

Thursday, September 17, 2009

balik kampung.....

assalamualaikum w.b.t....
wawawa.... semakin ramai sekarang yang mengorak langkah pulang ke kampung... tinggallah kami di sini menunggu masa juga untuk pulang.... huhu.... kadang-kadang sedih juga balik lewat ni... ya la, mana tak sedih kalau sempat berbuka bersama keluarga hanya sehari.... herm... tapi tak apa la, sekurang-kurangnya balik juga..... tak macam pelajar-palajar yang berada di perantauan nun jauh di sana lagi.... lagi la sedih diaorang di sana....
bila cerita pasal balik ni, tension juga sebenarnya... dalam kelas semalam berapa orang je yang datang... yang lain semua dah balik raya... tinggal la kami yang beberapa orang ni meneruskan pembelajaran semalam... hehe... tak pe la, nanti tahun depan kita balik awal juga ya! so, kepada yang balik lewat cam saya tahun ni jangan la sedih2.... makin lewat tu la, makin tersa debaran nak berhari raya.......
ok la, sampai sini dulu la ya....
dah tak ada idea nk tulis apa dah... otak dah ada kat kg ni... hehehe...
di sini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua dan jika ada salah dan silap haraplah dimaafkan... amin...
sekian, salam sayang...

Saturday, September 12, 2009

peluang di depan mata

assalamualaikum w.b.t...
herm... minggu ni agk busy sikit. banyak assignment yang perlu disiapkan sblm blk rya..... lpas siap sume barulah rsa tenang nk berhari rya nanti... hehehe... asyik fikir pasal raya je ya?? so, disebabkan kesibukan ni la, x sempat nk update blog ni.... sedar tak sedar kita dah pun masuk ke 10 akhir ramadhan kn? oleh itu, marilah kita mengejar 10 terakhir ramadhan ini dengan mengerjakan ibadah kepada tuhan yang satu, Allah s.w.t. sebenarnya ramai yang bukan tidak menyedari akan ketibaan 10 akhir ramadhan ini, tapi cuba untuk tidak menyedarinya... janganlah begitu wahai rakanku semua... 10 akhir ramadhan ini adalah satu anugerah yang diberikan Allah kepada kita. kenapa kita tidak cuba untuk menggapainya? kita seolah-oleh telah cuba untuk melepaskan peluang yang telah diberikan Allah kepada kita. oleh itu, renung-renungkan lah sama ada kita benar-benar telah menyedarinya ataupun tidak...
salam sayang....

Monday, September 7, 2009

ceritera cinta

Kata orang, cinta itu buta. Cinta juga bisa membuatkan orang yang cerdik pandai sekalipun menjadi bodoh. Kerana cinta, semua sanggup melakukan apa saja. Sanggup untuk berkorban segala-galanya demi membahagiakan orang dicintai. Namun, sejauh manakah seseorang itu sanggup berkorban demi sebuah cinta? Masih adakah orang yang sanggup berkorban segalanya demi cinta? Herm... persoalan cinta memang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya masihkah ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja, berkorban jiwa dan raga dalam percintaan? Masih adakah insan yang sanggup melakukannya? Atau ia hanya omong kosong yang dicipta oleh mereka yang sedang asyik bercinta? Hanya berjanji berkorban apa sahaja namun akhirnya ia hanya sekadar janji manis di bibir. Atau mungkinkah cinta itu hanyalah mainan perasaan yang sering dipertontonkan dalam kebanyakan cerita? Herm... masih adakah orang sebegitu? Sanggup mengorbankan segala-galanya, malah nyawa sendiri jika ia dapat membuktikan kasih dan cintanya terhadap orang yang dicintai. Sebenarnya, apakah itu cinta?

“ cinta adalah sesuatu yang sangat berharga. Boleh diakatakan tidak lengkap hidup seseorang itu tanpa cinta.”

“ aku tak pernah bercinta pun selama ni, tapi aku rasa hidup aku tiada sebarang kekurangan pun. Setakat ni, semuanya lengkap dan sempurna. Aku suka kehidupan yang aku lalui sekarang.”

“ maksud kau, kehidupan tanpa cinta?”

“ yup. So, kenapa ramai yang mengharapakan sangat dengan cinta?”

“ sebab mereka tak macam kau yang tidak percayakan cinta. Tapi., tengoklah suatu hari nanti, bila kau dah rasa nikmatnya cinta, kau sendiri akan kecundang dengan kata-kata kau tadi.”

“ o ya?”

“ ya, believe me! Kau Cuma tak jumpa lagi cinta hati kau. Tapi bila kau dah jumpainya, kau akan setuju dengan apa yang aku katakan.”

“ apa yang kau katakan? Maksudnya?”

“ yang cinta itu sangat berharga”

Perbualan dengan karina itu sedikit sebanyak menganggu fikiranku. Benarkah apa yang diperkatakannya? Ah, tak mungkinlah. Apa sangat yang ada dengan cinta hingga aku bisa melupakan segala-galanya? Semalam aku ada menonton satu kisah cinta tiga segi. Cerita itu mengisahkan tentang dua orang sahabat karib yang mencintai lelaki yang sama. Demi persahabatan yang telah lama terbina, salah seorang daripadanya mengalah dan katanya dia sanggup berkorban demi kebahagiaan sahabatnya.benarkah ada perkara begitu dalam kehidupan yang sebenar? Adakah orang yang begitu mulia hatinya sehingga sanggup melakukan pengorbanan sebegitu rupa?

“ mia, jangan biarkan kenagan lalu mempengaruhi keputusan kau sekarang.”

“ tapi, tanpa kenangan lampau, takkan ada apa yang kita ada sekarang. Kehidupan yang kita ada sekarang adalah lanjutan daripada kehidupan masa lampau kita.”

“ aku tahu, tapi kau terlalu obses dengan kehidupan lampau kau. Lupakanlah perkara yang menyedihkan, buka lembaran baru dalam kehidupan kau. Cuba buka pintu hati kau untuk fahami cinta Syakir.”

“ tak boleh, Rin! Macam yang aku pernah beritahu kau sebelum ni. Aku suka denagan kehidupan aku sekarang. Aku tak mahu menyesakkan kepala aku dengan cinta.”

“ kau ni kenapa? Apa kurangnya syakir? Apa lagi yang kau harapkan dari seorang lelaki? Bagi aku syakir dah cukup lengkap dan sempurna buat kau. At least, kau patutu bagi peluang kepada dia.”

“ please, rin! Kalau kau nak jumpa aku demi nak cakapkan hal ni, baik tak payah. Aku ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan daripada mendengar kau mengarut ka sini.”

“ percayalah, mia. Apa yang kau katakan mengarut ni la yang akan kau harapkan selepas ni!”

“ saya minta maaf, syakir. Hati saya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki. Harap awak faham.”

“ saya faham.”

“ jadi...”

“ mia, saya faham. Saya tahu saya tak boleh paksa awak untuk terima saya. Tapi, jujur saya katakan. Saya ikhlas terhadap awak. Kalau boleh, saya nak sunting awak jadi suri saya.”

“ maaf, syakir. Saya tak layak untuk awak. Seorang perempuan yang tak mempercayai cinta seperti saya ini tak layak untuk lelaki seperti awak. Awak terlalu sempurna, syakir.”

“ tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, mia!”

....................................................................to be continue..........................................................................