f0ll0wers

Pages

Monday, September 7, 2009

ceritera cinta

Kata orang, cinta itu buta. Cinta juga bisa membuatkan orang yang cerdik pandai sekalipun menjadi bodoh. Kerana cinta, semua sanggup melakukan apa saja. Sanggup untuk berkorban segala-galanya demi membahagiakan orang dicintai. Namun, sejauh manakah seseorang itu sanggup berkorban demi sebuah cinta? Masih adakah orang yang sanggup berkorban segalanya demi cinta? Herm... persoalan cinta memang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya masihkah ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja, berkorban jiwa dan raga dalam percintaan? Masih adakah insan yang sanggup melakukannya? Atau ia hanya omong kosong yang dicipta oleh mereka yang sedang asyik bercinta? Hanya berjanji berkorban apa sahaja namun akhirnya ia hanya sekadar janji manis di bibir. Atau mungkinkah cinta itu hanyalah mainan perasaan yang sering dipertontonkan dalam kebanyakan cerita? Herm... masih adakah orang sebegitu? Sanggup mengorbankan segala-galanya, malah nyawa sendiri jika ia dapat membuktikan kasih dan cintanya terhadap orang yang dicintai. Sebenarnya, apakah itu cinta?

“ cinta adalah sesuatu yang sangat berharga. Boleh diakatakan tidak lengkap hidup seseorang itu tanpa cinta.”

“ aku tak pernah bercinta pun selama ni, tapi aku rasa hidup aku tiada sebarang kekurangan pun. Setakat ni, semuanya lengkap dan sempurna. Aku suka kehidupan yang aku lalui sekarang.”

“ maksud kau, kehidupan tanpa cinta?”

“ yup. So, kenapa ramai yang mengharapakan sangat dengan cinta?”

“ sebab mereka tak macam kau yang tidak percayakan cinta. Tapi., tengoklah suatu hari nanti, bila kau dah rasa nikmatnya cinta, kau sendiri akan kecundang dengan kata-kata kau tadi.”

“ o ya?”

“ ya, believe me! Kau Cuma tak jumpa lagi cinta hati kau. Tapi bila kau dah jumpainya, kau akan setuju dengan apa yang aku katakan.”

“ apa yang kau katakan? Maksudnya?”

“ yang cinta itu sangat berharga”

Perbualan dengan karina itu sedikit sebanyak menganggu fikiranku. Benarkah apa yang diperkatakannya? Ah, tak mungkinlah. Apa sangat yang ada dengan cinta hingga aku bisa melupakan segala-galanya? Semalam aku ada menonton satu kisah cinta tiga segi. Cerita itu mengisahkan tentang dua orang sahabat karib yang mencintai lelaki yang sama. Demi persahabatan yang telah lama terbina, salah seorang daripadanya mengalah dan katanya dia sanggup berkorban demi kebahagiaan sahabatnya.benarkah ada perkara begitu dalam kehidupan yang sebenar? Adakah orang yang begitu mulia hatinya sehingga sanggup melakukan pengorbanan sebegitu rupa?

“ mia, jangan biarkan kenagan lalu mempengaruhi keputusan kau sekarang.”

“ tapi, tanpa kenangan lampau, takkan ada apa yang kita ada sekarang. Kehidupan yang kita ada sekarang adalah lanjutan daripada kehidupan masa lampau kita.”

“ aku tahu, tapi kau terlalu obses dengan kehidupan lampau kau. Lupakanlah perkara yang menyedihkan, buka lembaran baru dalam kehidupan kau. Cuba buka pintu hati kau untuk fahami cinta Syakir.”

“ tak boleh, Rin! Macam yang aku pernah beritahu kau sebelum ni. Aku suka denagan kehidupan aku sekarang. Aku tak mahu menyesakkan kepala aku dengan cinta.”

“ kau ni kenapa? Apa kurangnya syakir? Apa lagi yang kau harapkan dari seorang lelaki? Bagi aku syakir dah cukup lengkap dan sempurna buat kau. At least, kau patutu bagi peluang kepada dia.”

“ please, rin! Kalau kau nak jumpa aku demi nak cakapkan hal ni, baik tak payah. Aku ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan daripada mendengar kau mengarut ka sini.”

“ percayalah, mia. Apa yang kau katakan mengarut ni la yang akan kau harapkan selepas ni!”

“ saya minta maaf, syakir. Hati saya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki. Harap awak faham.”

“ saya faham.”

“ jadi...”

“ mia, saya faham. Saya tahu saya tak boleh paksa awak untuk terima saya. Tapi, jujur saya katakan. Saya ikhlas terhadap awak. Kalau boleh, saya nak sunting awak jadi suri saya.”

“ maaf, syakir. Saya tak layak untuk awak. Seorang perempuan yang tak mempercayai cinta seperti saya ini tak layak untuk lelaki seperti awak. Awak terlalu sempurna, syakir.”

“ tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, mia!”

....................................................................to be continue..........................................................................

No comments:

Post a Comment