Thursday, September 17, 2009
balik kampung.....
Saturday, September 12, 2009
peluang di depan mata
herm... minggu ni agk busy sikit. banyak assignment yang perlu disiapkan sblm blk rya..... lpas siap sume barulah rsa tenang nk berhari rya nanti... hehehe... asyik fikir pasal raya je ya?? so, disebabkan kesibukan ni la, x sempat nk update blog ni.... sedar tak sedar kita dah pun masuk ke 10 akhir ramadhan kn? oleh itu, marilah kita mengejar 10 terakhir ramadhan ini dengan mengerjakan ibadah kepada tuhan yang satu, Allah s.w.t. sebenarnya ramai yang bukan tidak menyedari akan ketibaan 10 akhir ramadhan ini, tapi cuba untuk tidak menyedarinya... janganlah begitu wahai rakanku semua... 10 akhir ramadhan ini adalah satu anugerah yang diberikan Allah kepada kita. kenapa kita tidak cuba untuk menggapainya? kita seolah-oleh telah cuba untuk melepaskan peluang yang telah diberikan Allah kepada kita. oleh itu, renung-renungkan lah sama ada kita benar-benar telah menyedarinya ataupun tidak...
salam sayang....
Monday, September 7, 2009
ceritera cinta
Kata orang, cinta itu buta. Cinta juga bisa membuatkan orang yang cerdik pandai sekalipun menjadi bodoh. Kerana cinta, semua sanggup melakukan apa saja. Sanggup untuk berkorban segala-galanya demi membahagiakan orang dicintai. Namun, sejauh manakah seseorang itu sanggup berkorban demi sebuah cinta? Masih adakah orang yang sanggup berkorban segalanya demi cinta? Herm... persoalan cinta memang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya masihkah ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja, berkorban jiwa dan raga dalam percintaan? Masih adakah insan yang sanggup melakukannya? Atau ia hanya omong kosong yang dicipta oleh mereka yang sedang asyik bercinta? Hanya berjanji berkorban apa sahaja namun akhirnya ia hanya sekadar janji manis di bibir. Atau mungkinkah cinta itu hanyalah mainan perasaan yang sering dipertontonkan dalam kebanyakan cerita? Herm... masih adakah orang sebegitu? Sanggup mengorbankan segala-galanya, malah nyawa sendiri jika ia dapat membuktikan kasih dan cintanya terhadap orang yang dicintai. Sebenarnya, apakah itu cinta?
“ cinta adalah sesuatu yang sangat berharga. Boleh diakatakan tidak lengkap hidup seseorang itu tanpa cinta.”
“ aku tak pernah bercinta pun selama ni, tapi aku rasa hidup aku tiada sebarang kekurangan pun. Setakat ni, semuanya lengkap dan sempurna. Aku suka kehidupan yang aku lalui sekarang.”
“ maksud kau, kehidupan tanpa cinta?”
“ yup. So, kenapa ramai yang mengharapakan sangat dengan cinta?”
“ sebab mereka tak macam kau yang tidak percayakan cinta. Tapi., tengoklah suatu hari nanti, bila kau dah rasa nikmatnya cinta, kau sendiri akan kecundang dengan kata-kata kau tadi.”
“ o ya?”
“ ya, believe me! Kau Cuma tak jumpa lagi cinta hati kau. Tapi bila kau dah jumpainya, kau akan setuju dengan apa yang aku katakan.”
“ apa yang kau katakan? Maksudnya?”
“ yang cinta itu sangat berharga”
Perbualan dengan karina itu sedikit sebanyak menganggu fikiranku. Benarkah apa yang diperkatakannya? Ah, tak mungkinlah. Apa sangat yang ada dengan cinta hingga aku bisa melupakan segala-galanya? Semalam aku ada menonton satu kisah cinta tiga segi. Cerita itu mengisahkan tentang dua orang sahabat karib yang mencintai lelaki yang sama. Demi persahabatan yang telah lama terbina, salah seorang daripadanya mengalah dan katanya dia sanggup berkorban demi kebahagiaan sahabatnya.benarkah ada perkara begitu dalam kehidupan yang sebenar? Adakah orang yang begitu mulia hatinya sehingga sanggup melakukan pengorbanan sebegitu rupa?
“ mia, jangan biarkan kenagan lalu mempengaruhi keputusan kau sekarang.”
“ tapi, tanpa kenangan lampau, takkan ada apa yang kita ada sekarang. Kehidupan yang kita ada sekarang adalah lanjutan daripada kehidupan masa lampau kita.”
“ aku tahu, tapi kau terlalu obses dengan kehidupan lampau kau. Lupakanlah perkara yang menyedihkan, buka lembaran baru dalam kehidupan kau. Cuba buka pintu hati kau untuk fahami cinta Syakir.”
“ tak boleh, Rin! Macam yang aku pernah beritahu kau sebelum ni. Aku suka denagan kehidupan aku sekarang. Aku tak mahu menyesakkan kepala aku dengan cinta.”
“ kau ni kenapa? Apa kurangnya syakir? Apa lagi yang kau harapkan dari seorang lelaki? Bagi aku syakir dah cukup lengkap dan sempurna buat kau. At least, kau patutu bagi peluang kepada dia.”
“ please, rin! Kalau kau nak jumpa aku demi nak cakapkan hal ni, baik tak payah. Aku ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan daripada mendengar kau mengarut ka sini.”
“ percayalah, mia. Apa yang kau katakan mengarut ni la yang akan kau harapkan selepas ni!”
“ saya minta maaf, syakir. Hati saya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki. Harap awak faham.”
“ saya faham.”
“ jadi...”
“ mia, saya faham. Saya tahu saya tak boleh paksa awak untuk terima saya. Tapi, jujur saya katakan. Saya ikhlas terhadap awak. Kalau boleh, saya nak sunting awak jadi suri saya.”
“ maaf, syakir. Saya tak layak untuk awak. Seorang perempuan yang tak mempercayai cinta seperti saya ini tak layak untuk lelaki seperti awak. Awak terlalu sempurna, syakir.”
“ tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, mia!”
::c0retan luahan haTi::
new born...
first post from me....
well, truly la ckp it's quite difficult la nk buat blog ni.... entah la, orang lain ada blog, kita pn nak ada blog gak.... so, right now, cm new born la ni... xtau apa2 psl blog2 nih... hopefully anda2 sume sudi la bantu seadanyer yer.... menolong di bulan puasa ni kan bgus.. hehe.... ckp pasal puasa ni, nk amk la ksmptn di sini nk ucp slmt berpuasa kepada semua umat islm... ucpn rya xnk lg cz x raya lagi kn??
well, sampai sini dulu je la ya... nati ada masa i sambung lagi....
daadadaaa......