f0ll0wers

Pages

Sunday, April 29, 2012

Alhamdulillah... i did it!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Herm... dah lama tak update blog.. kali ni nk tkr gelaran la plak... nk gelarkan diri yg c0mey lg cute ni sbg cikgu Hani... hehe.. boleh tak?? boleh lahhh.... haha... sebenarnya entri kali ni cikgu Hani nak cter psl temuduga cikgu Hani baru-baru ni... al-kisahnya beginilah...
tanggal 7 Mac 2012, cikgu Hani dan rakan-rakan pendidikan perakaunan dari bahagian pantai timur telah menghadiri sesi temuduga bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. temuduga ini dijalankan bagi membolehkan kami berkhidmat sebagai seorang guru.. 
masa hari kejadian tu, cikgu Hani dan rakan-rakan memang tersangat la nervous.. takde selera langsung nak breakfast... tapi, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. setelah selesai sesi temuduga, kami menunggu untuk keputusannya.
maka setelah menunggu lebih dari sebulan, pada 27 April 2012 lalu, sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia membuat satu pengumuman mengenai penempatan kami warga graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), SPP telah pun mengeluarkan keputusan temuduga kami di websitenya...
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi...
cikgu Hani dan rakan-rakan lulus temuduga tersebut... 
Ya Allah, terima kasih atas rahmat dan rezekimu Ya Allah... Syukur Alhamdulillah....
tiada perkataan lagi yang dapat menggambarkan perasaan cikgu Hani kala itu.. syukur kepada-Nya...
cikgu Hani tak nak cerita banyak dah, tapi sesungguhnya perkabaran ini menggembirakan kami semua ....
Terima Kasih, Ya Allah....:)
terima kasih juga kepada bapa dan keluarga yang banyak memberi sokongan, pihak2 yg banyak berjuang demi penempatan kami dan juga tidak lupa kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Wee Ka Siong  di atas berita yang menggembirakan ini...
cikgu Hani mendoakan kami semua mendapat penempatan dalam fasa 1 nanti iaitu pada 23 Mei 2012... sama-sama lah kita berdoa yer, rakan-rakan semua...
I/Allah, banyakkan berdoa, semoga kita ditempatkan dalam golongan fasa 1
Amin...:)


Alhamdulillah.. akhirnya,..
I did it!!
semoga kami semua dapat menjadi seorang guru yang baik dan berdedikasi...
salam sayang...
love f0rever fr0m
cikgu Hani